Monday, November 28, 2022

Usul Perjanjian Malaysia untuk perdaya rakyat Sarawak, dakwa STAR

Secara Rawak

KUCHING: Usul Perjanjian Malaysia 1963 yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada Khamis sekadar satu taktik untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, dakwa Presiden The State Reform Party Sarawak (Star).

Lina Soo dalam satu kenyataan semalam berkata, tujuannya semata-mata untuk memperdaya rakyat supaya mereka yakin bahawa kerajaan negeri bersungguh-sungguh menuntut balik hak dan kuasa yang terhakis.

“Ini merupakan satu lagi taktik menangguh dan wayang kulit BN Sarawak untuk mengelirukan pengundi supaya mengundi mereka agar terus kekal berkuasa,” katanya.

Gambar fail – Lina Soo

Lina yang turut mempertikaikan penubuhan jawatankuasa khas untuk berunding dengan kerajaan persekutuan berkaitan isu yang belum selesai.

“Ia perjanjian antarabangsa dan tidak tertakluk kepada perundingan,” tegasnya dalam kenyataan itu.

Perjanjiaan berkenaan ditandatangani United Kingdom, Sabah, Sarawak Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Katanya, kerajaan persekutuan belum menunjukkan minat kesediaannya untuk berunding bagi memenuhi terma di bawah Perjanjian Malaysia. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru