Wednesday, December 7, 2022

Giliran Jamal pula saman Zuraida

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Selepas menyelesaikan saman Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Selasa lepas, kini tiba gilirannya

pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos memfailkan pula saman fitnah terhadap Zuraida.

Saman Zuraida terhadap Jamal adalah berkaitan kekecohan di Pusat Beli-Belah Ampang Point pada 13 November tahun lepas.

Melalui proses mediasi hampir empat jam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa itu kedua-dua pihak menyelesaikan kes tersebut.

Namun, dalam perkembangan terbaru, Jamal menyifatkan Zuraida menipu dengan mendakwa pemimpin Umno itu memohon maaf di depan hakim Mahkamah Tinggi, Selasa lalu.

Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar itu berkata, beliau hanya menarik balik kenyataannya mendakwa hidungnya berdarah disebabkan penyokong ketua Wanita PKR itu, tetapi beliau tidak memohon maaf di mahkamah.

Peguam V Mugunthan yang mewakili Jamal memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa semasa proses mediasi di hadapan Hakim S Nantha Balan, di hadapan peguam Zuraida, Latheefa Koya serta N Surendran tidak timbul isu meminta maaf.

Manakala, Jamal turut berkata selepas menarik balik kata-kata beliau, Zuraida masih bercakap berkaitannya di luar mahkamah.

“Beliau kata saya ini tidak siuman, berjaya menjinakkan saya, seorang yang buas dan sebagainya… kenyataan yang saya anggap cukup menghina,” ujar Jamal kepada wartawan.

“Saya tidak hairan dan bimbang 10 saman pun kepada saya,” tambah beliau dan menganggap Zuraida wakil rakyat yang tidak boleh serta “seorang penipu besar.”

Pada Rabu, media menyiarkan kenyataan Zuraida yang menasihati Jamal agar bersikap lebih siuman dan tidak membuli pihak lain sesuka hati. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru