Monday, November 28, 2022

Abang Johari: Usul Perjanjian Malaysia di DUN untuk dapatkan balik hak Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri semalam berkata bahawa sebab utama usul Perjanjian Malaysia 1963 dibentangkan di Dewan Undangan Negeri kali ini adalah untuk memastikan Sarawak mendapat balik haknya yang terhakis sejak Malaysia ditubuhkan.

“Itu saja tujuannya. Tidak lebih, tidak kurang,” tegas Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada media di Kompleks Dewan Undangan Negeri, semalam.

“Kita baru meluluskan usul MA63. Sudah tentu saya ada alasan mengapa usul itu dibentangkan tetapi saya tak boleh beritahu kerana ia melibatkan hujah perlembagaan,” katanya.

Usul itu dikemukakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang dan dua orang ADUN Barisan Nasional membahaskan usul itu.

Kerajaan negeri diberi mandat untuk membentuk jawatankuasa khas untuk berunding dengan kerajaan persekutuan bagi menangani dan menyelesaikan beberapa isu berkaitan.

Kerajaan negeri telah menghantar satu rombongan ke London untuk mendapatkan dan mengkaji dokumen berkaitan MA63. – Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru