Saturday, November 26, 2022

Proton Iswara rempuh lori minyak sawit di Jalan Sri Aman- Betong, lelaki cedera di muka

Secara Rawak

SRI AMAN: Seorang lelaki cedera di muka selepas kenderaan Proton Iswara Aeroback yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori panjang yang membawa muatan minyak kelapa sawit di San Raba, Jalan Sri Aman-Betong malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat sekitar jam
9.05 malam dan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman segera memberi respons dengan mengatur gerak sebuah jentera FRT dan sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan lapan anggota.

“Jentera tiba di lokasi sekitar jam 9.24 malam dan mendapati kemalangan melibatkan pertembungan secara berhadapan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki terperangkap di dalam kenderaan Proton Iswara Aeroback dan mengalami kecederaan manakala pemandu lori dalam keadaan terkejut.

Pasukan penyelamat katanya, kemudian berjaya mengeluarkan mangsa dan membawanya menggunakan stretcher untuk diserahkan kepada paramedik EMRS bagi mendapatkan rawatan awal.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh pasukan paramedik Klinik Kesihatan yang datang kemudian untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa kata Ling Hii berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan pada
bahagian muka dan paha. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru