Monday, November 28, 2022

DUN S’wak luluskan usul Perjanjian Malaysia 1963

Secara Rawak

KUCHING: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan usul Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban.

Usul tersebut disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Masing.

Selepas perbahasan melibatkan anggota dari kerajaan dan pembangkang serta menerima sokongan majoriti ahli DUN, Speaker DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar meluluskan usul tersebut.

Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah dalam usulnya, memohon anggota dewan memberi mandat kepada Kerajaan Negeri membentuk pasukan petugas khas peringkat tinggi berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu berkaitan hak istimewa Sarawak mengikut terma, niat dan semangat MA63.

Gambar fail

Uggah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 September lepas memberi jaminan memberikan hak Sarawak dan Sabah dalam MA63.

Jaminan ini menurut Uggah bukan sekadar retorik politik sebaliknya menunjukkan tindak balas positif Kerajaan Persekutuan kepada inisiatif Sarawak untuk mendapatkan semula hak di bawah Perjanjian Malaysia.

“Kerajaan Negeri mahu semua isu penting perlembagaan diselesaikan tanpa tindakan perundangan,” ujar Uggah.

Menurut beliau, apabila isu ini diselesaikan, negara kita lebih bersatu dan hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan kekal harmoni.

“Kelulusan usul ini tidak seharusnya disalah tafsir. Sarawak hormat keputusan pemimpin terdahulu dan akan terus kekal dalam Malaysia,” kata Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah itu.

Pada 8 Disember 2015, DUN Sarawak meluluskan usul dibentangkan oleh Dr Masing agar kerajaan negeri diberi kuasa mengambil langkah dan tindakan melindungi Perkara VIII MA63 untuk pelaksanaan sepenuhnya semua syor dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan melindungi hak istimewa negeri dan rakyatnya.

Kerajaan sebelum ini menghantar pasukan ke London diketuai ADUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali merangkap pembantu menteri Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek.

Tujuian khusus delegasi Hasidah ialah meneliti salinan asal dokumen berkaitan MA63 yang diklasifikan semula oleh kerajaan Inggeris dan disimpan di Arkib Negara British. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru