Thursday, December 9, 2021

Dennis tawar Baram sebagai lokasi universiti penyelidikan baharu di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sesuai dengan lokasinya yang memiliki kekayaan biodiversiti, Adun Telang Usan, Dennis Ngau mahu sebuah universiti penyelidikan diwujudkan di Ulu Baram.

Katanya, cadangan ini amat relevan dengan persekitaran kawasan tersebut yang kaya dengan hutan dara serta flora dan fauna.

“Saya berharap Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) yang diwujudkan baru-baru ini dapat merealisasikan impian ini,” katanya ketika ditemui selepas perbahasan Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.

Dennis menambah, antara kawasan yang berpotensi untuk tujuan penubuhan universiti ini termasuklah Long Julan, Long Apu dan Ulu Tinjar.

“Kawasan-kawasan ini amat sesuai untuk kursus pertanian moden seperti menanam getah, kopi dan lada selain mempunyai keluasan tanah yang luas dan sesuai untuk pembelajaran.

“Tanaman boleh ditanam di sekitar kampus, yang kemudian boleh ditukar menjadi bilik belajar universiti serta tempat untuk kajian lapangan.

Katanya, cadangan ini mungkin nampak tidak masuk akal tetapi jika Kerajaan Negeri serius menjana pendapatan menerusi R&D, perkara ini perlu diberikan perhatian. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru