Friday, December 2, 2022

Sanggup bunuh rakan sekolah agar jadual peperiksaan ditunda

Secara Rawak

NEW DELHI: Polis India menahan remaja atas tuduhan membunuh rakan sekolahnya dengan mengerat lehernya.

Remaja berusia 16 tahun itu dikatakan sanggup membunuh rakan sekolahnya yang masih berusia 7 tahun, agar ujian di sekolahnya ditunda.

Remaja tersebut dituduh membunuh teman sekolahnya itu pada September di sekolah swasta yang terkenal dengan pelajar bijak dekat New Delhi.

Menurut AFP pada Khamis, jurucakap Penyiasat Pusat RK Kata Gaur berkata, pelaku mengaku tindakannya itu bertujuan agar sekolah ditutup dan ujian serta pertemuan guru dengan ibu bapa dapat ditunda.

awalnya, polis menahan konduktor bas dicurgai membunuh kanak-kanak terbabit kerana mangsa dikatakan menolak mengadakan hubungan seks dengannya.

Namun, jurucakap penyiasat pusat percaya, terdapat bukti menunjukkan pembunuhan tersebut dilakukan remaja yang agak lemah akademiknya.

Suspek dihantar ke pusat tahanan untuk remaja, sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.

Pakar mengatakan berlaku banyak tekanan prestasi akademik terhadap anak-anak di India, menyebabkan mereka “stres” untuk mendapat keputusan yang baik. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru