Tuesday, October 4, 2022

Lagi 31 tahi judi dijaring, polis terus laksanakan serbuan

Secara Rawak

KUCHING: Perang terhadap aktiviti judi haram terus menjadi agenda utama Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan sepanjang minggu lalu 29 serbuan telah dilakukan, menyebabkan 31 individu dijaring.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, 26 serbuan adalah berkaitan penjualan 4D haram, membuktikan mereka yang terlibat dalam aktiviti ini masih ligat.

“Lima daripada serbuan itu yang dilakukan oleh pasukan siasatan jenayah ibu pejabat kontijen negeri melibatkan kawasan Kuching dan Padawan.

“Empat serbuan lagi dikoordinasi masing-masing oleh pasukan siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Miri, manakala tiga serbuan masing-masing dilakukan oleh IPD Sibu, Padawan dan Bintulu.

Dev berkata lain-lain IPD seperti Kota Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Limbang, Marudi dan Limbang masing-masing menjayakan satu serbuan.

Serbuan terhadap 26 penjualan 4D haram katanya, membolehkan 28 individu ditangkap dan wang tunai bernilai RM7,951 dirampas.

“Turut disita telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

“Tiga serbuan lain pula melibatkan ¬†premis yang menjalankan aktiviti menjual tambah nilai judi siber di Mukah, Limbang dan Lawas.

“Tiga lelaki yang terlibat dalam aktiviti ini telah ditahan manakala enam telefon bimbit yang digunakan untuk proses tambah nilai telah dirampas.

Katanya lagi, wang tunai berjumlah RM22,165 turut dirampas dalam serbuan di Mukah.

Daripada 31 suspek yang ditahan, 24 adalah lelaki dan kesemuanya berusia di antara 17 ke 57 tahun, termasuk dua warga asing.

“Kesemua suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru