Friday, September 30, 2022

Cabul anak perempuan: Lelaki naik minyak serang pelajar lelaki di dalam kelas

Secara Rawak

JAKARTA: Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial video berdurasi 37 detik seorang lelaki ‘naik minyak’ dan memukul seorang pelajar di dalam bilik darjah di sebuah sekolah di Indonesia.

Difahamkan peristiwa tersebut terjadi di sebuah sekolah menengah swasta di Pontianak, Kalimantan Barat pada Khamis minggu lalu.

Lelaki yang memukul pelajar tersebut pada awalnya didakwa seorang guru di sekolah itu.

Namun, portal berita di negara ini berkata, Ketua Pengarah Pendidikan Dasar dan Menengah Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Hamid Muhammad menyangkal dakwaan itu.

Beliau berkata, sebenarnya perbuatan itu dilakukan seorang bapa yang marah berikutan anaknya dicabuli pelajar terbabit.

Selain dipukul, pelajar itu juga ditendang tanpa belas kasihan di hadapan pelajar yang lain yang kelihatan tergamam melihat tindakan keras lelaki itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru