Tuesday, December 6, 2022

Bank Negara anjur karnival kewangan di Sarawak bulan ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Sarawak 2017 selama tiga hari dengan kerjasama institusi kewangan pada 24 hingga 26 Nov ini di Pusat Pameran CityONE, Kuching, Sarawak.

Karnival kali pertama diadakan di Sarawak itu adalah platform sehenti untuk memberi peluang kepada penduduk dan komuniti perniagaan Sarawak meningkatkan pengetahuan mengenai perkhidmatan kewangan, celik pengurusan kewangan dan perlindungan pengguna yang disediakan oleh industri.

Ketua Pejabat BNM Kuching, Rosnani Mahammad Zain berkata, usaha itu mendapat kerjasama lebih 40 penyedia, persatuan dan agensi perkhidmatan kewangan dan ia khusus untuk meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap kewangan.

“Langkah ini semerta-merta akan membolehkan penduduk Sarawak membuat keputusan bermaklumat berkaitan pengurusan kewangan peribadi mereka.

“Karnival ini bertujuan mengupayakan komuniti perniagaan dan penduduk Sarawak, khususnya golongan muda mendapat pengetahuan mengenai pengurusan wang pintar, peminjaman bertanggungjawab, penggunaan kad kredit secara bijak dan membuat keputusan kukuh bagi pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 12 bank komersial utama dan syarikat insurans terkemuka akan menyertai karnival itu termasuk Bank Pembangunan Sarawak yang dilancarkan baru-baru ini.

Sebanyak 60 gerai pameran yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan kewanganakan dibuka di karnival itu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg dan Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim akan merasmikan karnival itu pada 24 Nov ini.

Karnival itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam dan layari laman web di www.karnivalkewangan.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut Karnival Kewangan Sarawak 2017.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru