Tuesday, October 4, 2022

TPM siasat pegawai polis dalang judi haram dan judi atas talian

Secara Rawak

KUCHING: Tiada kompromi terhadap mana-mana anggota dan pegawai polis yang bersekongkol dengan sindiket judi haram, tegas Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Amaran itu turut ditujukan kepada semua anggota dan pegawai agensi penguat kuasa lain yang turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.

“Saya akan siasat kalau laporan itu benar. Tetapi sebagaimana yang diketahui, Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohd Fuzi Harun) telah mengeluarkan arahan tetap bahawa beliau tidak akan berkompromi dan tidak akan menawarkan perlindungan kepada pegawai polis dan tentunya pegawai-pegawai agensi penguatkuasaan lain yang bersekongkol dengan sindiket perjudian dalam bentuk apa pun termasuk perjudian atas talian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak sebentar tadi.

Laporan media itu turut memetik kewujudan ‘orang tengah’ yang menjadi dalang utama sindiket perjudian haram di negara ini.

‘Orang tengah’ berkenaan dikatakan membayar rasuah RM500,000 hingga RM3 juta sebulan kepada anggota dan pegawai penguat kuasa agar tutup mata dan tidak ‘menganggu’ kegiatan haram mereka.

Ia merupakan isu terkini jabatan itu selepas pendedahan kes “sembilan naga” oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebelum ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru