Tuesday, January 25, 2022

Ketua Menteri akan hadiri Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2017 pada 27 November

Secara Rawak

KUCHING: Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2017 akan berlangsung pada 27 November depan di Hotel Pullman, Miri, kata Pengerusi Pengelolanya, Andy Jong Wan Joon sebentar tadi.

Katanya, tarikh tersebut dianjak daripada tarikh asal iaitu pada 22 November dan dijangka akan dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Penundaan dilakukan berikutan jadual kerja yang ketat pada minggu ketiga November yang turut melibatkan tetamu kenamaan dan golongan wartawan yang diraikan.

Pada 21 hingga 23 November, akan berlangsung Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-13 (WIEF13) di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK).

Manakala pada tarikh yang sama, 21 dan 22 November, berlangsung Mesyuarat Konsultansi Tahunan Malaysia-Indonesia yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo, juga di Kuching.

Andy berkata, tema majlis penganugerahan anjuran Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) pada tahun ini ialah “Gold and Glitter Night”.

Sebanyak 413 penyertaan telah diterima untuk 11 kategori yang dipertanding, yang dilihat sebagai penyertaan terbesar dalam sejarah pertandingan tersebut.

Ia menawarkan habuan tunai lebih RM200 ribu, dengan setiap kategori bahasa menawarkan anugerah utama, Anugerah Ketua Menteri. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru