Thursday, August 18, 2022

Ayuh berpesta dalam Regata Sarawak 2017 pada 10-19 November depan

Secara Rawak

KUCHING: Habuan RM10 ribu akan menjadi rebutan selain gelaran Raja Sungai dalam
temasya sukan air popular di negeri ini, Regata Sarawak 2017 pada 10 hingga 19 November akan datang.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa yang berlangsung pada 10 hingga 12 November dijangka menjadi tumpuan acara regata tersebut.

“Sebanyak 21 pasukan telah mengesahkan penyertaan dan ia termasuk wakil-wakil luar negara.

“Ini termasuk dari Australia, Brunei Darussalam, China, Hong Kong, India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

“Ia merupakan penyertaan antarabangsa paling ramai dalam sejarah pertandingan ini,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penganjuran semalam.

Acara kemuncak iaitu segmen regata itu sendiri akan berlangsung pada 17 hingga 19 November, dengan tawaran hadiah wang tunai berjumlah RM240 ribu untuk pelbagai kategori yang dipertanding.

Selain dua acara utama tersebut katanya, pelbagai pengisian lain turut diadakan seperti jualan makanan, jualan kraf, pertandingan karaoke, Regata Sarawak Idol, persembahan buskers dan banyak lagi.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka merasmikan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa pada 11 November sebelum merasmikan Regata Sarawak pada 18 November.

Regata Sarawak 2017 kini menarik sumbangan penajaan berjumlah RM1 juta daripada pelbagai sektor kerajaan dan swasta.

Antara penaja utamanya termasuklah Petronas, Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Petra Energy Berhad, Cahaya Mata Sarawak, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak(Pusaka), Samling Group of Companie dan JX Nippon. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru