Friday, September 30, 2022

Ibu 50 tahun kelihatan seperti anak dara  berusia 20-an, diapit dua lelaki

Secara Rawak

JAKARTA: Kelihatan muda jelita jangan disangka ibu.

Tetapi bagi seorang wanita di sini, wajahnya kelihatan seperti anak gadis berusia 20-an.

Hakikatnya, dia seorang ibu yang sudah mempunyai anak.

Apabila gambarnya dengan dua lelaki beredar di sini baru-baru ini, orang fikir itu ialah teman atau kawannya.

Namun, sebenarnya dua orang lelaki yang bagai sebaya dengannya adalah dua anaknya.

Gambar yang menyerlahkan kejelitaannya segera menarik perhatian netizen.

Puspa Dewi  meraikan ulang tahun ke-50  kelahirannya dan mengambil gambar di majlis berkenaan.

Lalu gambar itu dimuat naik di Instagramnya.

Tahu apa yang berlaku?  Gambar wanita berasal dari Jakarta itu, segera mengundang komen positif dan menarik perhatian ramai.

Gambar itu pantas tular di negara 250 juta jiwa itu.

Apa rahsia Puspa Dewi kelihatan masih muda dan tetap jelita?

Katanya, dia menjalani aktiviti seperti renang dan badminton yang diamalkan sejak usia muda, dan kini sering mengikuti kelas aerobik dan zumba beberapa kali seminggu.

“Semakin bertambah usia, saya nampak semakin muda. Itu yang ramai orang kata.

“Saya rasa apa yang orang katakan itu betul kerana saya sentiasa gembira  dengan kerjaya dan anak-anak yang sudah besar,” kata usahawan kosmetik itu.

Puspa menganggap genetik dan gaya hidup sihat selain amalan diet seimbang memainkan peranan penting. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru