Saturday, June 25, 2022

Hab Inovasi Digital bakal diwujudkan di Betong

Secara Rawak

BETONG: Betong akan menjadi lokasi ketiga dipilih untuk Hab Inovasi Digital di negeri ini

Menyatakan demikian dalam ucapan perasmian pada Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri di di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini semalam, Ketua Menteri berkata, kewujudan hab berkenaan penting untuk terus memacukan Sarawak ke hadapan melalui teknologi dan kejuruteraan.

“Kita telah wujudkan Hab Inovasi di Kuching dan Sarikei, seterusnya kita akan tubuhkan hab inovasi ketiga di Betong,” kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg, sambil menerima tepukan gemuruh 5,000 belia yang menyertai acara itu.

Johari berkata, hab itu dapat dimanfaatkan untuk mengasah bakat dan kemahiran golongan belia terutama di luar bandar.

Borneo744 @ Kuching

Selari dengan dasar ekonomi digital yang diperkenalkannya, Ketua Menteri mahu belia merebut peluang dan sentiasa berusaha supaya sentiasa cergas dan cerdas melalui aktiviti sukan, kebudayaan dan sebagainya.

Katanya, masa depan berada di tangan belia sendiri.

Justeru, beliau menggesa agar golongan belia memanfaatkan media baharu seperti Facebook, WeChat dan Whatsapp untuk memajukan diri dan negeri ini.

Beliau mahu golongan belia mengeksploitasikan sumber sebaik mungkin dengan memanfaatkan teknologi terkini untuk pengeluaran dan pemasaran.

Beliau gembira melihat sokongan padu dan semangat beliau dalam acara itu.

“Jika kita mahu lihat masa depan negara, kita perlu lihat keadaan belia hari ini. Saya yakin belia di negeri ini mempunyai masa depan yang cerah,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru