Saturday, June 25, 2022

Sesi townhall tampilkan menteri di Betong sempena Sambutan Hari Belia petang ini

Secara Rawak

BETONG: Sempena Sambutan Hari Belia Negeri Sarawak 2017, satu sesi townhall akan diadakan di Ruang Legar Pejabat Residen Bahagian di sini petang ini.

Acara itu akan menampilkan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut jurucakap penganjur, acara itu bertujuan untuk berinteraksi dengan belia dalam sesi yang dijangka terbuka yang membolehkan peserta mengemukakan pandangan dan idea mereka untuk memperkasa belia dalam pelbagai bidang di negeri ini.

Moderator sesi berkenaan ialah pensyarah Universiti Malaysia Sarawak Profesor Madya Dr Jeniri Amir.

Dalam acara pelancaran di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan pagi tadi sekitar 3,000 belia hadir.

Pelbagai acara diadakan sempena sambutan termasuk dapur belia, pameran kerjaya dan sukan.

Acara pelancaran dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru