Tuesday, May 11, 2021

Sepanyol Gawat: Catalonia isytihar merdeka, PM bubar Parlimen Catalonia

Mesti baca

CATALONIA dan kerajaan pusat Sepanyol kelihatan saling berlumba mendeklarasikan “keputusan” yang sama-sama penting — Catalonia mengisytiharkan kemerdekaannya pada Jumaat untuk membentuk Republik Catalonia.

Manakala, Senat Sepanyol memberi mandat kepada Perdana Menterinya Mariano Rajoy mengambil alih kuasa autonomi Catalonia dengan mengisytiharkan pembubaran Parlimen Catalonia pada Jumaat.

Sepanyol mengadakan pilihan raya umum untuk Catalonia pada 21 Disember 2017.

Rajoy juga secara rasmi memecat pemimpin pemisah Carles Puigdemont dan barisan eksekutifnya.

Langkah ini diambil bagi mengembalikan situasi normal, sebaik sahaja Catalonia mendeklarasikan kemerdekaannya.

Memetik AFP, Rajoy berkata, “kami warga Sepanyol menjalani hari sukar dan sedih, berlakunya pelanggaran undang-undang dan runtuhnya demokrasi di Catalonia.”

Rajoy turut memecat ketua polis Catalonia, serta perwakilan Catalonia di Madrid dan Brussel.

Membatalkan kemerdekaan Catalonia yang dinikmatinya beberapa jam selepas mendapat mandat referendum 1 Oktober lepas, pasti melebarkan krisis di Eropah ini.

Mahkamah Konstitusi Sepanyol memihak kepada kerajaan Sepanyol untuk menafikan referendum dan pengisytiharan kemerdekaan yang dianggap oleh kerajaan pusat sebagai tidak sah.

Gambar fail

Catalonia Isytihar Merdeka

Catalonia mengumumkan kemerdekaan sebaik sahaja Dewan Perwakilan meluluskan persetujuan.

Daripada 135 anggota, 70 menyokong, 10 menentang dan 2 berkecuali, Catalonia mengumumkan pendiriannya untuk merdeka.

Sebaik sahaja Catalonia mengisytiharkan kemerdekaan, masyarakat Barcelona sebak bercampur-aduk.

Ada yang bersukacita merayakannya.

Ada yang ketakutan kerana was-was kalau Sepanyol menerapkan kuasa penuh pada kuasa autonominya.

Banyak warga Catalan, baik yang menyokong mahupun menentang kemerdekaan, merasakan deklarasi itu sebagai langkah besar.

Sepayol Dapat Sokongan EU, Perancis, Jerman, Britain, AS

Dalam menghadapi isu besar ini, Rajoy mendapat sokongan antarabangsa serta Kesatuan Eropah termasuk Perancis, Jerman, Britain serta Amerika Syarikat.

Mereka tidak mengakui deklarasi kemerdekaan Catalonia dan memihak kepada pendirian kerajaan Sepanyol.

Isu berlaku di Catalonia diyakini mampu mempengaruhi kestabilan politik seluruh Eropah.

Perdana Menteri Britain Theresa May pada Sabtu, mengaku tidak mengakui deklarasi kemerdekaan Catalonia.

May menganggap krisis yang terjadi di Catalonia terjadi karena referendum yang dianggap haram oleh Mahkamah Konstitusi Spanyol.

Jerman melalui jurucakapnya, Steffen Seibert di Berlin menyokong Rajoy yang mahu mengembalikan kedaulatan Sepanyol dan mengelak Catalonia melepaskan dirinya.

Sementara, Presiden Perancis Emmanuel Macron turut mendukung penuh Sepanyol.

Presiden EU Jean-Claude Juncker meminta agar keutuhan Sepanyol tetap terjaga.

Ia mengatakan, sangat penting untuk mencegah perpecahan EU dan tidak mahu situasi 95 negara EU terbelah.

“Kita harus menghindari perpecahan. Kita sudah melihat adanya perpecahan dan kehancuran dan kita tidak mahu melihatnya lagi,” kata Jean-Claude.

Kronologi Referendum Catalonia

Semasa referendum sudah berlaku keganasan di Catalonia.

Sekitar 700,000 warga Catalan etnik mengadakan demonstrasi di jalanan menentang kekerasan polis semasa referendum berlangsung.

Raja Felipe VI turut menuding pemimpin Catalonia mengancam kestabilan Sespanyol dan mendorong kerajaan bertindak mengikut undnag-undang.

Krisis Catalonia memaksa Banco Sabadell, bank kedua terbesar Catalonia bersaa 1,600 syarikat mengumumkan pindah dari Catalonia.

Pada 10 Oktober pemimpin Catalan Carles Puigdemont dan kumpulan pemisah menandatangai deklarasi kemerdekaan, namun menunda penguatkuasaannya dengan harapan kerajaan Sepanyol memberi restus.

Kemudian, Rajoy memberi waktu kepada Puigdemont sehingga 16 Oktober mengesahkan tindakannya.

Pada 21 Oktober, Sepanyol membubarkan pemerintahan Catalonia.

Rajoy mengambil langkah drastik menghentikan usaha pemisahan Catalonia, dengan membubarkan pemerintahan Puigdemont.

Pada Jumaat, semalam, kedua-dua pihak mengambil keputusan yang sama-sama penting — Catalonia isytiharkan merdeka, sementara Sepanyol bubarkan parlimen Catalonia dan tarik balik autonominya. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru