Tuesday, January 25, 2022

Selain minyak, S’wak perlu bangunkan sumber tenaga baharu — Abang Johari

Secara Rawak

BINTULU: Realiti harga minyak dunia dengan trend menurun sehingga pernah mencapai harga AS$30 setong berbanding era kemuncaknya AS$100 setong, menjadi asas kenapa Sarawak perlu mencari sumber tenaga baharu untuk kebergantungan ekonomi masa depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengakui, kerajaan perlu ada medium dan objektif sendiri dalam pengurusan menang-menang antara Kerajaan Negeri dengan Petronas.

Bercakap pada pelancaran Projek Pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bintulu di Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, Abang Johari percaya Petronas berdepan cabaran ketika jatuhnya harga petroleum di pasaran global.

Justeru, menurut Abang Johari, dalam situasi sekarang, Sarawak tidak dapat bergantung sepenuhnya dengan hasil sumber minyak dan gas.

Sebaliknya, Sarawak perlu kepada tenaga boleh diperbaharui termasuk tenaga dari empangan hidroelektrik, tenaga solar termasuk sumber tenaga baharu.

Abang Johari mengimbau berkaitan tenaga berasaskan hidrogen untuk kenderaan dan sebagainya, sebagaimana pengalaman yang beliau perolehi semasa melawat Eropah baru-baru ini.

Menyentuh berkaitan MRSM Bintulu, Abang Johari yakin, institusi tersebut bukan sahaja menyediakan tenaga kerja untuk industri minyak dan gas, bahkan memenuhi keperluan ekonomi digital. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru