Saturday, June 25, 2022

Sambutan Hari Belia 2018 di Betong meriah

Secara Rawak

BETONG: Lebih 3,000 berhimpun bagi meraikan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak sebentar tadi.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang diiringi oleh kumpulan penunggang motosikal besar.

Beliau yang disambut oleh Menteri Pelancongan,Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kemudian diberi tepukan gemuruh sebaik melangkah masuk ke Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Sebaik lintas hormat pasukan pancaragam dan persembahan pembukaan khas, dewan digamatkan oleh persembahan Faizal Tahir yang mendendangkan lagu hitsnya, Assalamualaikum dan Gemuruh. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru