Saturday, May 21, 2022

Akhirnya Myanmar benarkan PBB masuk Rakhine hulur bantuan, makanan

Secara Rawak

YANGON: Selepas dua bulan terakhir kerajaan Myanmar menutup pintu bagi kemasukan sebarang bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terhadap etnik Rohingya di Rakhine, kini mereka membukanya dan membenarkan PBB masuk.

Kerajaan Myanmar akhirnya sepakat mengizinkan PBB meneruskan penghantaran dan pengagihan makanan di Rakhine bagi membantu etnik Rohingya yang terus terpinggir daripada kekejaman tentera.

UNICEF melaporkan, jika dibiarkan berterusan, anak-anak pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh berakhir dengan kematian akibat kekurangan nutrisi.

Badan Makanan Dunia PBB (WFP) sebelumnya mengagihkan makanan kepada 110,000 orang di utara Rakhine, sama ada untuk Muslim Rohingya mahupun pelarian Buddha.

Serangan tentera Rohingya di pos penampungan pelarian diburukkan oleh tindakan tentera membakar rumah dan desa yang dihuni etnik Rohingya.

PBB sebelum ini menggambarkan tindakan tentera sebagai pembersihan etnik.

Menurut Reuters pada Jumaat, jurucakap WFP Bettina Luescher di Genewa berkata badan itu diberi lampu hijau melanjutkan operasi bantuan makanan di utara Rakhine dan mengaku bekerjasama dengan kerajaan menyusun perincian agihan.

Luescher berkata, “Sukar mengatakan keadaannya, selagi belum masuk.”

Setakat ini lebih 600,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Banglaesh semenjak keganasan tercetus di Rakhine.

Dalam kekerasan paling dahsyat semenjak beberapa dekad di wilayah tersebut, kumpulan tentera dianggap melakukan kekejaman terhadap kaum minoriti Muslim Rohingya. – Sarawakvoice

Gambar fail – Rohingya (Foto Yayasan Ikhlas)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru