Thursday, September 29, 2022

Bajet pembangkang ‘poyo’, sekadar pikat hati pengundi semata-mata, kata pegawai khas Rosmah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Adakah  Pakatan Harapan  akan memecat penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri  (JPM)  apabila memerintah kelak?

Kata pegawai khas Datin Seri Rosmah Mansor  bajet pembangkang poyo dan tidak realistik.

“Ianya ‘poyo’ sebab lebih kepada nak memikat hati pengundi semata-mata, terlalu berdasarkan jangkaan dan tidak realistik,” kata Datuk Rizal Mansor  dalam satu kenyataan.

Hal ini ditanya kerana dalam Bajet Alternatif 2018  Pakatan Harapan  mahu mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sehingga RM8 billion.

“Adakah ini petanda pembangkang akan buang beramai-ramai penjawat awam di jabatan itu bila memerintah kelak?,” soalnya.

Katanya, hal ini kerana terdapat berpuluh-puluh agensi di bawah JPM seperti ESSCOM, Pengurusan Bencana, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Audit, AG, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain lagi.

“Kalau inilah bayangan bajet pembangkang, kakitangan awam yang propembangkang wajar fikir-fikirkan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kalau dilihat pentadbiran pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor mustahil untuk berjimat cermat apabila dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya.

“Kalau Pulau Pinang baru buat kajian terowong pun sudah habis beratus juta, macam mana nak jimat sampai RM20 bilion,” ujarnya.

Justeru beliau menyifatkan Bajet Alternatif pembangkang itu sebagai tidak realistik.

Dengan tema ‘Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih Harapan’, Bajet Pakatan Harapan menyasarkan untuk menghapuskan pembaziran dan rasuah, dianggar berjumlah RM20 bilion, serta pemotongan bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pada Rabu, Pakatan Harapan membentangkan Bajet Alternatif 2018 yang  melibatkan perbelanjaan berjumlah RM258.52 bilion, iaitu RM200.16 bilion untuk mengurus dan RM58.35 untuk pembangunan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru