Friday, September 30, 2022

47 terkorban, jenazah hangus terbakar dalam kebakaran kilang mercun di Jakarta

Secara Rawak

JAKARTA: Polis semalam mengesahkan jumlah korban meninggal dalam kebakaran kilang mercun di sini semalam mencapai 47 orang dan hampir semua jenazah berada dalam keadaan hangus terbakar sehingga sukar untuk dikenal pasti.

“Juga ada 46 orang yang masih dirawat kerana luka terbakar,” kata jurucakap Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Argo Yuwono, seperti dipetik BBC.

Polis, kata Argo, sedang melakukan olah tempat kejadian perkara.

“Insiden kebakaran kilang merun di Kosambi, Tangerang, menimbulkan pertanyaan besar: seperti apa keadaan keselamatan kerja di dalamnya” kata laporan itu.

Ketua Polis Tangerang, Komisaris Besar Harry Kurniawan berkata, polis memastikan akan meneliti semua hal berkaitan insiden tersebut. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru