Thursday, June 30, 2022

Pas mahu Wisma Tok Guru dikosongkan sebelum 16 Nov, Amanah tunggu perintah mahkamah

Secara Rawak

KOTA BHARU: Ketua Penerangan Pas Kelantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, berkata partinya tidak melanjutkan tempoh kepada Parti Amanah Negara (Amanah) mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor.

Nasuruddin berkata Amanah perlu keluar dari Wisma Tok Guru sebelum 16 November depan.

Menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bahru pada Rabu, Nasuruddin berkata, Pas sedia berdepan dengan Amanah di mahkamah berkaitan isu bangunan berkenaan.

Sebelum ini, isu pemilikan Wisma Tok Guru dipertikaikan dengan dakwaan, bahawa ia merupakan tapak tanah dan bangunan milik kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor yang juga Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa bagaimanapun mendakwa beliau sebelum itu diberi kebenaran oleh bekas ADUN Salor Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim menggunakan tapak itu melalui satu notis.

Perbalahan premis tersebut hangat sejak pertengahan Oktober apabila ahli Pas mendakwa beliau membeli bangunan tersebut daripada balu Rosli berharga RM700,000.

Sementara, dalam perkembangan lain, Biro Undang-Undang (KANUN) Amanah memandang serius tindakan Pemuda Pas yang membuat provokasi melampau di pekarangan Wisma Tok Guru pada minggu lepas.

Memetik Malaysia Dateline, Kanun menyifatkan tindakan Pemuda Pas berkumpul diketuai Ketua Pemuda Pa Kelantan Ahmad Fadhli Shaari untuk memasang bendera di pekarangan Wisma Tok Guru, merupakan tindakan samseng dan tidak mencerminkan doktrin atau prinsip matang dan sejahtera.

Kanun mendakwa Husam tidak memulakan saman ke atas pemilik tanah baru kerana percaya pada asas prinsip ekuiti digunakan sebagai perisai.

KANUN menyatakan Amanah Kelantan bukannya menduduki Wisma Tok Guru seperti setinggan.

Bahkan, menurut KANUN, sekalipun setinggan , tuan punya tidak berhak menghalaunya melainkan selepas memperoleh perintah mahkamah.

KANUN difahamkan terdapat pertindihan tuntutan oleh waris terhadap tanah tersebut dan mencabar Pas mendedahkan butiran perjanjian jual beli agar semua pihak mendapat maklumat tepat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru