Tuesday, August 16, 2022

Mayat pemancing ghaib di Sungai Gedong ditemui, dipercayai mangsa serangan buaya

Secara Rawak

SIMUNJAN: Mayat seorang lelaki dari Kampung Tengah Hilir yang ghaib ketika memancing di Sungai Gedong pada Selasa lalu, ditemui terapung oleh penduduk kampung pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mayat Nazib Abang, 33 tahun, ditemui terapung sekitar jam 6.50 pagi.

“Penemuan mayat tersebut membolehkan operasi SAR Gedong ditamatkan sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Sementara itu, saksi memberitahu, ketika ditemui, mayat mangsa sedang diheret seekor buaya, seterusnya menguatkan dakwaan bahawa mangsa diserang sang bedal, yang menyebabkan bot yang digunanya pecah.

“Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang ketika menangkap ikan bersendirian sekitar jam 12 tengah hari, dan gagal balik sehingga jam 7.30 malam.

Rakan sekampung yang menggunakan bot berlainan ke lokasi berkenaan menyedari mangsa belum pulang, sebelum memaklumkan keluarga dan penduduk kampung.

Gerakan awal oleh penduduk kampung kemudian menjumpai bot mangsa dalam keadaan pecah di Lubok Ngeris.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru