Tuesday, August 16, 2022

Lupakan ancaman Sepanyol, parti kiri mahu tubuhkan Republik Catalonia

Secara Rawak

CATALONIA: Bertindak balas terhadap tindakan Sepanyol, Timbalan Presiden Catalonia Oriol Junqueras menyatakan Catalonia tidak mempunyai pilihan lain, kecuali mengisytiharkan dirinya sebagai Republik.

Kenyataan sensitif dilontarkan Junqueras ketika Kerajaan Pusat Spanyol merancang menguasai kerajaan dan media di Catalonia.

Memetik Metro pada Khamis, Junqueras menegaskan beliau bagaimanapun bercakap atas nama parti kiri republik dan bukan mewakili kerajaan Catalonia pimpinan Presiden Carles Puigdemont.

Foto Diarigran.cat

Junqueras menganggap Sepanyol sama sekali tidak memberi pilihan kepada Catalonia yang memaksa Puigdemont menyatakan pendirian berkaitan keputusan referendum yang memihak kepada kemerdekaan Catalonia.

Sepanyol berhasrat mahu mencabut semua jawatan tertinggi kerajaan di bawah Puigdemont serta institusi di negeri tersebut jika beliau berani mengisytiharkan kemerdekaan Catalonia.

Catalonia yakin semua pegawai termasuk polis akan melawan usaha Madrid mencabut autonomi dan menerapkan kerajaan langsung di wilayah tersebut.

Referendum 1 Oktober lepas yang hanya disertai 43 peratus penduduk, mewakili seorang daripada tiga warga Catalonia, 90 peratus memilih keluar dari Sepanyol. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru