Friday, October 7, 2022

Usaha rompak 355 batang balak di Long Sukang tumpas oleh kecekapan penguat kuasa SFC

Secara Rawak

LAWAS: Pengalaman, kecekapan dan ketelitian sepasukan pegawai penguat kuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang berpejabat di Trusan, berjaya menghidu aktiviti mencuri balak di Long Sukang, dekat sini Jumaat lepas.

Menurut kenyataan SFC, pasukan itu mengesan aktiviti yang mencurigakan di Long Sukang dan telah meminta bantuan Pusat Khidmat Pelanggan Daerah (DCSC) Lawas untuk memeriksa kawasan pembalakan itu yang dipercayai menyalahi undang-undang.

“Penggeledahan di kawasan tersebut kemudian menemukan sejumlah 355 batang balak pelbagai saiz dan spesies, yang secara keseluruhan berjumlah kira-kira 600 meter padu.

“Balak-balak ini dipercayai telah ditebang secara haram dari hutan berdekatan, yang lesen kebenaran membawa keluar kayu telah tamat,” katanya lagi.

Laporan polis mengenai kes tersebut telah diserahkan kepada Balai Polis Lawas dan balak-balak yang ditahan ini telah diserahkan kepada Jabatan Hutan untuk siasatan dan pelupusan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru