Tuesday, August 16, 2022

Pulau terhad, S’pura sekat rakyat beli kereta

Secara Rawak

SINGAPURA: Negara di sebuah pulau dengan keterhadan fizikalnya, memaksa polisi dikuat kuasa bagi menyekat pertambahan drastik bilangan kenderaan memenuhi jalan raya Republik Singapura.

Justeru, Singapura meletakkan harga paling mahal ke atas jualan kenderaan dan merancang menyekat pertambahan kenderaan 2018 di negara penduduk paling padat di dunia itu.

Sebuah kenderaan sederhana di Singapura mencapai harga sehingga empat kali ganda berbanding harga di Amerika Syarikat.

Memetik Reuters, Pihak Berkuasa Pengangkutan Tanah (LTA) mahu mengurangkan kadar kelulusan pertumbuhan bilangan kenderaan di ibu kota ini kepada sifar peratus berbanding 0.25 peratus setahun untuk kereta dan motosikal.

Kadar tersebut dikaji semula menjelang 2020.

Singapura mengawal ketat pertumbuhan kenderaan dengan menetapkan kadar pertumbuhan tahunan.

Selain itu, ia dipantau menerusi sistem bidaan hak memiliki dan menggunakan kenderaan untuk tempoh terhad.

Singapura terpaksa merancang dan melabur besar serta meluas dalam sistem pengangkutan awamnya yang memakan 12 peratus jumlah kawasan tanah di negara tersebut untuk jalan raya.

Terdapat 600,000 kenderaan persendirian dan sewa termasuk Grab dan Uber berada di jalan raya negara berpenduduk 5.6 juta jiwa itu.

Menurut LTA, kerajaan Singapura melabur $24 bilion (RM74.6 bilion) untuk prasarana serta memperbaharui dan menaik taraf aset operasi kereta api.

Kerajaan turut menambah S$4 bilion untuk kontrak subsidi bas. – Sarawakvoice

Foto MOT.GOV.SG

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru