Saturday, January 22, 2022

Papagomo rayu sedekah untuk bayar saman Anwar Ibrahim, elak jadi papa kedana

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Blogger Papagomo atau nama penuhnya, Wan Azri Wan Deris sebentar tadi memohon simpati orang ramai untuk membantunya menyelesaikan saman oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipercayai terkumpul lebih RM1 juta.

Dalam sidang media khas di pejabatnya, Azri memberitahu beliau tidak berkemampuan untuk membayar saman tersebut, dan akan memghadiri pertuduhan kebankrapan di Mahkamah Kuala Lumpur pada 2 November depan.

“Saya tidak mampu bayar. Permohonan awal saya untuk membayar secara ansuran sebanyak RM100 ribu sebulan tidak diterima oleh barisan peguam Datuk Seri Anwar.

“Mereka mendesak saya membayar sekali gus, saman berjumlah RM800 ribu, kos guaman RM50 ribu dan kadar faedah sebanyak 4 peratus setahun.

Malah katanya, baru-baru ini barisan peguam Ketua Parti Keadilan Rakyat itu turut bertindak menyita rumahnya.

“Saya tidak ada pilihan kerana barisan peguam UMNO tidak mahu mewakili saya, terutamanya ketika proses rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Kerana itu saya tidak mampu mempertahankan diri ketika di mahkamah berkenaan.

Difahamkan barisan peguam UMNO enggan mewakili Azri kerana fitnah yang dilemparkan itu adalah bersifat peribadi, dan tidak mencerminkan pendirian UMNO.

“Oleh itu saya memohon sahabat-sahabat, menteri-menteri dan pimpinan UMNO agar membantu saya dengan menyumbang ke dalam akaun bank yang diwujudkan.

“Saya berjanji untuk tidak mendedahkan siapa penyumbang yang membantu saya,” katanya yang optimis akan dapat membayar kesemua saman tersebut kelak.

Papagomo disaman kerana mengadakan fitnah kepada Datuk Seri Anwar dan sehingga bulan lalu, masih galak melemparkan komen-komen yang kasar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru