BETONG: Dua “raja sungai” tumpas dalam operasi berterusan yang dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC ) di Sungai Rimbas, Pusa baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, SFC memaklumkan tentang kejayaannya menangkap dua ekor buaya jantan masing-masing bersaiz 3.3 meter dan 2.8 meter panjang.

“Pada 17 Oktober, pasukan SWAT telah memasang 13 cangkuk umpan di sepanjang sepanjang 5 kilometer Sungai Rimbas.

“Keesokannya, buaya sebesar 4.8 meter telah ditangkap dan dibunuh.

Baru-baru ini, kata kenyataan itu lagi, dua buaya lain pula ditangkap.

Keputusan membunuhnya dilakukan atas alasan populasi buaya yang relatif tinggi di kawasan itu.

Ia juga menjadi sebahagian daripada latihan kepada pasukan ini dan mendidik penduduk kampung akan cara-cara menghapuskan buaya.

SFC mengingatkan orang ramai agar memaklumkan Pejabat Hutan atau Pejabat SFC terdekat dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terjumpa reptilia ini kerana ia sangat berbahaya. – Sarawakvoice