LUBOK ANTU: Mayat salah seorang mangsa tragedi perahu karam selepas dilanggar ribut pada Jumaat lalu berjaya ditemui pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mayat Sudigo, 58 tahun, warga Indonesia ditemui terapung di permukaan air oleh kakitangan Aiman Batang Ai sekitar jam 6.45 pagi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Marin Wilayah 5 untuk tindakan lanjut.

Susulan penemuan itu kata Ling Hii, operasi mencari dan menyelamat mangsa dipergiat di sekitar 10 kilometer dari lokasi kejadian perahu karam pada jam 7.45 pagi tadi.

Identiti mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Yustinus Tukiman, 59 tahun.

Dalam kejadian pada lewat petang Jumaat lalu, perahu yang dinaiki kedua-dua mangsa dan tiga yang lain terbalik sebelum karam setelah dilanggar angin kencang.

Dua warga emas terbabit terus tenggelam tatkala tiga yang lain berjaya berenang, menyelamatkan diri ke tebing sungai. – Sarawakvoice