Friday, October 22, 2021

Mayat kedua tragedi perahu karam di Batang Ai ditemui, operasi ditutup

Mesti baca

LUBOK ANTU: Hampir lapan jam selepas menemui mangsa pertama, mayat seorang lagi warga emas korban perahu karam di Empangan Hidro Elektrik Batang Ai pada petang Jumaat lalu ditemui sekitar jam 3.50 petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, mayat
Yustinus Tukiman, 59 tahun, warganegara Indonesia ditemui penduduk kampung yang kemudian menyerahkannya kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang berada di lokasi pencarian.

“Dengan penemuan kedua-dua mayat mangsa, operasi SAR ditutup pada jam 4.30 petang,” katanya.

Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa, Sudigo, 58 tahun, juga warga Indonesia, ditemui terapung di permukaan air oleh kakitangan Aiman Batang Ai sekitar jam 6.45 pagi tadi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Marin Wilayah 5 untuk tindakan lanjut.

Susulan penemuan itu operasi SAR telah dipergiat di sekitar 10 kilometer dari lokasi kejadian perahu karam.

Dalam insiden pada lewat petang Jumaat lalu, perahu yang dinaiki kedua-dua mangsa dan tiga yang lain terbalik sebelum karam setelah dilanggar angin kencang.

Dua warga emas terbabit terus tenggelam tatkala tiga yang lain berjaya berenang, menyelamatkan diri ke tebing empangan. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru