JURU: Lapan maut manakala 30 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas kilang awal pagi Selasa.
Jurucakap pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap berkata, kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah van yang membawa pekerja kilang, lapor Astroawani.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi di KM 147, Lebuh raya Utara Selatan, menghala ke utara, berhampiran tol Juru.
Pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 6.02 pagi sebelum tiba ke lokasi kejadian bersama 32 anggota termasuk penyelia.
Sementara itu, kata Astroawani lagi, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan kejadian.
Katanya, setakat ini, dipercayai lapan pekerja meninggal dunia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya. – Sarawakvoice