PETALING JAYA: Kisah lelaki dari Petaling Jaya menahan sakit 14 jam kerana alat vitalnya tersangkut pada lubang botol mineral ini, disiarkan oleh Asia One pada Isnin.

Semasa kejadian, lelaki, 29, Orang Kurang Upaya (OKU) ini dibantu isterinya membuang air kecil.

Selepas membuang air kecil, si isteri dikatakan gagal membantu mengeluarkan “anu” suaminya itu dari dalam botol.

Dia mengalah lalu menghubungi khidmat kecemasan agar membantunya selepas berusaha sedaya upaya membantu mengeluarkan “anu” suaminya itu.

Menurut Ketua Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid, mangsa dikejarkan ke Hospital Taiping untuk mendapat rawatan pada Isnin sekitar 10.30 malam, selepas menerima panggilan kecemasan.

Di hospital, kes lelaki terbabit berjaya diselesaikan petugas. – Sarawakvoice

Gambar hiasan