Monday, December 5, 2022

 Tragedi Tanjung Bungah: Hanya tinggal rakyat Malaysia — Nadma

Secara Rawak

PULAU PINANG: Mangsa kesepuluh daripada 11 orang yang terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan Kolej TAR di Tanjung Bungah di sini telah berjaya dikeluarkan pada jam 8.25 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Agensi Bencana Negara (Nadma), Farhan Sufyan Burhan berkata, pasukan penyelamat mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang terperosok di cerucuk.

“Mangsa adalah lelaki dan dipercayai Mohammad Monirul Islam, berasal dari Bangladesh

“Mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketika ini kata Farhan, moral pasukan SAR melonjak tinggi dan bersemangat dalam menggerakkan kerja-kerja mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang, iaitu rakyat Malaysia, Yuan Kuok Wern.

Tragedi yang berlaku pada jam 9 pagi pada Sabtu lalu melibatkan 11 mangsa yang hilang dan maut manakala tiga yang lain berjaya keluar dan menyelamatkan diri. – Sarawakvoice

Berikut adalah senarai mangsa yang berjaya ditemui:

1. Yunus Nazir Huson (Myanmar)
2. Hossen Mia (Bangladesh)
3. Muhammad Elyas Mustak (Myanmar)
4. Hosrin (Indonesia)
5. Edwin (Indonesia)
6.Rahmatullah Mohd Sidiq (Myanmar)
7. Mohd. Nur Alam (Bangladesh)
8. Rahaman Abdur (Bangladesh)
9. Raza Ali (Pakistan)
10. Mohd Monirul Islam (Bangladesh)
11.Yuan Kuok Wern (Malaysia)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru