Seorang remaja maut, seorang cedera parah bertembung sesama sendiri di Miri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MIRI: Sengaja mengundang padah.

Tindakan remaja memandu laju tanpa mempedulikan amaran polis dan pihak berkuasa melalui media sebelum ini menyebabkan nyawa seorang remaja melayang di Jalan Lapangan Terbang Lama Lutong di sini, sekitar jam 5 petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai  Mohamad Azwan Salim, 22, dari Kampung Kuala Balingian, manakala mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Mohammad Syahrul Amirul Rosland, 21, dari Kampung Pujut Padang Kerbau, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintenden (DSP) Bingkok John dalam satu kenyataan media berkata, anggota polis turut menahan kesemua kenderaan terlibat untuk pemeriksaan pihak Puspakom, dan sampel darah diambil daripada kedua-dua penunggang untuk ujian.

“Siasatan saksi  yang menyaksikan kedua-dua mangsa bertembung sesama sendiri dari arah bertentangan apabila cuba menunggang laju motosikal masing-masing,” katanya dalam kenyataan itu. – Sarawakvoice

Terbaru