Monday, December 5, 2022

Semua mangsa tanah runtuh Tanjung Bungah dikeluarkan, proses recovery untuk pastikan tiada yang terperangkap

Secara Rawak

PULAU PINANG: Mangsa terakhir runtuhan tanah di tapak pembinaan Kolej TAR di Tanjung Bungah akhirnya berjaya dikeluarkan sekitar jam 11.02 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Agensi Bencana Negara (Nadma), Farhan Sufyan Burhan berkata, pasukan penyelamat mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan mangsa kerana kedudukannya yang terperosok di kawasan cerucuk.

“Mangsa adalah lelaki dipercayai Yuan Kuok Wern dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada sarawakvoice.com sebentar tadi.

Ketika ini katanya, pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus tanpa rehat selama 46 jam sedang melaksanakan proses “recovery” dan memastikan tiada lagi mangsa lain yang terperangkap.

“Tugas ini diteruskan oleh anjing pengesan, Bomba dan SMART sebelum operasi keseluruhan ditutup pada bila-bila masa sekarang.

Pada hari ini, fokus pencarian adalah kepada tiga mangsa terakhir ini, dengan dua sepupu rakyat Bangladesh berjaya dikeluarkan pagi tadi.

Tragedi yang berlaku pada jam 9 pagi pada Sabtu lalu melibatkan 11 mangsa maut manakala tiga yang lain berjaya keluar dan menyelamatkan diri. – Sarawakvoice

Berikut adalah senarai mangsa yang maut:

1. Yunus Nazir Huson (Myanmar)
2. Hossen Mia (Bangladesh)
3. Muhammad Elyas Mustak (Myanmar)
4. Hosrin (Indonesia)
5. Edwin (Indonesia)
6.Rahmatullah Mohd Sidiq (Myanmar)
7. Mohd. Nur Alam (Bangladesh)
8. Rahaman Abdur (Bangladesh)
9. Raza Ali (Pakistan)
10. Mohd Monirul Islam (Bangladesh)
11.Yuan Kuok Wern (Malaysia)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru