Tuesday, June 28, 2022

Pas, Amanah berebut Wisma Tok Guru di Salor

Secara Rawak

KOTA BHARU: Wisma Tok Guru mengambil nama bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menjadi markas Parti Amanah Negara (Amanah) di Kampung Pendek, Salor menjadi rebutan antara Pas dengan Amanah.

Setiausaha Kerja Pas Kelantan mendakwa membeli bangunan menempatkan pejabat Amanah itu daripada waris pemilik bangunan tersebut, isteri Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim.

Sementara, Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor yang juga Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa, semasa hidupnya Rosli menyerahkan tapak bangunan itu untuk digunakan oleh beliau sampai bila-bila.

Husam mendakwa beliau menyimpan surat bertulis daripada Allahyarham Rosli.

Bahkan, Allahyarham Rosli pada majlis perasmian nama bangunan tersebut, mengesahkan tanah itu diserahkan kepada Husam.

Hujung minggu lepas, kekecohan berlaku di pejabat Amanah apabila sekitar 150 penyokong Pas cuba memasang bendera di Wisma Tok Guru itu.

Program Jom Pasang Bendera anjuran Pemuda Pas Kelantan diketuai Ahmad Fadhli Shaari, dilakukan Jabatan Amal Kelantan dengan sokongan ahli Pas diketuai oleh Pemuda Pas

Memetik Malaysia Dateline pada Ahad, Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmin Hassan berkata, Pas cuba membuat provokasi tersebut.

Bagaimanapun, bercakap kepada penyokong Harapan semasa provokasi berlaku, Hazmin meminta penyokong membiarkan bendera Pas yang dipasang di luar bangunan itu dan tidak akan membuangnya.

Ahli Pas terebut berkumpul sekitar 9 malam sambil mendengar ucapan disampaikan pimpinan pemuda.

Ahmad Fadhli dalam ucapannya berkata acara memasang bendera PAS itu sebagai permulaan  tanah serta bangunan itu milik PAS.

Menurutnya, Amanah perlu keuar dari premis tersebut selewat-lewatnya 14 November depan.

Isu tanah berkenaan sebelum ini ditimbulkan oleh Pas Kelantan menerusi ADUN Meranti Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang mendakwa tapak berkenaan sebagai milik kerajaan negeri.

Husam pula bersedia mencabar arahan mengosongkan bangunan berkenaan dengan memfailkan kes itu ke mahkamah apabila menerima notis rasmi.

Pemuda Amanah dengan bantuan Pemuda Pakatan Harapan (Harapan) Kelantan bertindak menghalang provokasi tersebut.

Sementara, pihak polis bertindak menyuraikan kedua-dua pihak dan meminta mereka bertenang.

Insiden berakhir aman. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru