Friday, October 7, 2022

Campur tangan dalam MAS:  Dr Mahathir 100 peratus salah, kata Bellew

Secara Rawak

PETALING JAYA: Peter Bellew, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua  Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) yang melepaskan jawatannya, menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa campur tangan politik dalam pengurusan syarikat penerbangan negara ini menjadi punca beliau meninggalkan syarikat berkenaan.

Bellew menjelaskan beliau tidak berdepan sebarang campur tangan  daripada sesiapa berkaitan apa jua perkara sepanjang tempoh perkhidmatan dengan syarikat itu sejak menjawat jawatannya pada 1 Julai tahun lepas.

“Tun (Dr) Mahathir salah sama sekali… 100 peratus salah. Tiada campur tangan, saya cuma mahu ‘balik kampung’. Ia cukup mudah, tidak ada misteri, tidak ada kontroversi,” katanya pada sidang akhbar khas di sini semalam.

Beliau mengulas catatan terkini dalam blog pengerusi Pakatan  Harapan itu yang antara lain mendakwa peletakan jawatannya disebabkan campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengurusan syarikat itu.

Bellew turut menegaskan Najib tidak pernah campur tangan dalam apa jua cara, sebaliknya, perdana menteri memberi galakan kepada beliau dalam setiap tindakannya.

Malah, kata Bellew, Dr Mahathir tidak pernah menghantar sesiapapun untuk mendapatkan penjelasan berkaitan perkara yang didakwanya itu.

Bellew mengemukakan peletakan jawatannya pada 8 Okt untuk bertugas dengan Ryanair, syarikat penerbangan terkemuka Ireland.

Mengenai pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai penggantinya, beliau berkata Izham merupakan calon yang tepat bagi jawatan itu.

“Beliau seorang yang hebat, pengetahuannya sangat luas…saya harap anda akan memberinya sokongan. Ini bukanlah tugas yang mudah, harapan negara amatlah besar,” katanya.

Izham, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi MAS, akan menjawat jawatan baharunya pada 1 Dis sebaik sahaja Bellew, yang kini dalam cuti pentadbiran, mengosongkan jawatan itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru