Sunday, November 27, 2022

23 ahli PAN di Kampung Muhibbah, Parlimen Santubong sertai PAS

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 23 ahli Parti Amanah Negara (PAN) di kawasan Parlimen Santubong telah mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semalam.

Penyerahan borang keahlian PAS yang baharu daripada bekas jentera pilihan raya PAN itu dilakukan pada program Jelajah Hijau Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Penyertaan mereka ke dalam PAS adalah kerana kesungguhan dan ketegasan parti itu dalam mempertahankan prinsip Islam berasaskan Budaya Politik Matang Sejahtera.

Sebanyak 23 borang keahlian baharu diserahkan oleh Kapten Hussin yang mewakili sebilangan penduduk Kampung Muhibbah, Pending kepada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin yang mengetuai delegasi DPPM dalam siri Jelajah Hijau DPPM kali ini.

Turut serta dalam jelajah ini ialah Setiausaha DPPM Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ir Hadi Amat (Penolong Setiausaha DPPM), Muhtar Suhaili (Bendahari DPPM), Nurul Islam Mohd Yusof (Pengarah Pilihan Raya DPPM), dan Arifiriazul Paijo (Ketua Pemuda PAS Sarawak).

Jelajah Hijau DPPM ke Sarawak adalah jelajah siri ke-12 sejak ia bermula pada pertengahan bulan Ogos lalu di negeri Perlis.

Kini berbaki dua buah negeri lagi untuk melengkapkan siri Jelajah Hijau DPPM iaitu di negeri Sabah dan Kelantan.

Jelajah Hijau ini adalah sebahagian program turun padang DPPM untuk bertemu jentera pemuda dan masyarakat, selain bertujuan untuk berdialog mengenai hala tuju PAS dan penyelarasan gerak kerja, sesuai dengan bahang pilihan raya yang semakin dirasai.

Penyertaan bekas jentera pilihan raya PAN bersama-sama PAS di Sarawak ini memberi mesej akan penolakan masyarakat Islam-Melayu terhadap PAN dan rakan gabungannya dalam Pakatan Harapan yang semakin melebar hingga ke Malaysia Timur. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru