Tuesday, October 4, 2022

Wanita jual loteri haram di Jalan Rubber dicekup

Secara Rawak

KUCHING: Tangkapan demi tangkapan yang dilakukan oleh Polis Sarawak berhubung kes judi dan jualan loteri atau 4D haram ternyata masih belum menginsafkan.

Sekitar jam 3.40 petang semalam, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang diketuai Inspektor Mohammad Harun telah berjaya melakukan serbuan di sebuah kedai telefon bersebelahan kedai makan di Jalan Rubber kerana disyaki menjadi ejen penjualan 4D haram.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, dalam serbuan itu seorang wanita Iban berumur 20 tahun dari Rumah Repong, Tebarong Skrang, Engkelili telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Turut dirampas slip yang tercatat angka-angka yang disyaki nombor pertaruhan loteri awam tanpa lesen, telefon bimbit, stapler, kalkulator dan sembilan keping wang tunai bercampur-campur berjumlah RM40.

Kes katanya, disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru