Friday, August 12, 2022

Tiga jam keluarkan mayat terperosok di dalam lubang cerucuk di Tanjung Bungah — Nadma

Secara Rawak

PULAU PINANG: Tiga jam masa diambil untuk mengeluarkan mayat mangsa kelapan tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan Kolej TAR di Tanjung Bungah, sebentar tadi.

Mayat Raza Ali yang berasal dari Pakistan, dikenal pasti berdasarkan pengenalan diri terperosok di dalam cerucuk, hingga menimbulkan kesukaran until pelaksanaan kerja-kerja mengeluarkannya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Agensi Bencana Negara (Nadma), Farhan Sufyan Burhan berkata, lokasi penemuan mayat mangsa adalah sekitar 10 meter dari lokasi penemuan mangsa ketujuh.

“Ketika in kerja-kerja mencari tiga lagi mangsa masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi sarawakvoice.com sebentar tadi.

Ketika ini, mangsa yang masih hilang ialah Rahaman Abdur dan Mohammad Monirul Islam dari Bangladesh dan rakyat Malaysia, Yuan Kuok Wern.

Kata Farhan, keseluruhan hanya 11 mangsa yang hilang dan bukan 14 seperti yang dilaporkan sebelum in.

“Tiga daripada mangsa telah berjaya keluar dan menyelamatkan diri tetapi tidak melaporkan diri kepada majikan dan juga pusat gerakan SAR,” jelasnya. – Sarawakvoice

Berikut adalah senarai mangsa yang terlibat:

1. Yunus Nazir Huson (Myanmar)
2. Hossen Mia (Bangladesh)
3. Muhammad Elyas Mustak (Myanmar)
4. Hosrin (Indonesia)
5. Edwin (Indonesia)
6.Rahmatullah Mohd Sidiq (Myanmar)
7. Mohd. Nur Alam (Bangladesh)
8. Rahaman Abdur (Bangladesh)
9. Raza Ali (Pakistan)*
10. Mohd Monirul Islam (Bangladesh)*
11.Yuan Kuok Wern (Malaysia)*
12.Gearsudin Sadul Haq (Myanmar)#
13. Mohamad Josim Rahman (Bangladesh)#
14. Identiti tidak dikenali / selamat

# Cedera dan sempat menyelamatkan diri
* Masih hilang

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru