Saturday, June 25, 2022

Pas nafi bergabung dengan UMNO, tanding lebih 100 kerusi Parlimen

Secara Rawak

KUCHING: ” Kami tidak akan bersatu dengan UMNO. Itu hanya retorik dan imaginasi kosong pihak lawan,” tegas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin malam tadi.

Sebaliknya katanya, PAS kini komited menggerakkan blok pembangkang baharu yang dikenali sebagai “Wawasan Induk Gagasan Sejahtera.”

“Front baharu in merupakan gabungan PAS dan lebih 200 badan bukan kerajaan berasaskan Islam.

“Kita sealiran dan penegasan kita adalah memperjuang dasar Islam,” katanya dalam perjumpaan dengan pengamal media di Sarawak malam tadi.

Khairil berkata, selain tidak bekerjasama dengan UMNO, pihaknya juga menolak kerjasama dengan mana-mana parti dalam blok Pakatan Harapan, baik DAP, PKR, Bersatu, lebih-lebih lagi PAN.

“Kita akan bertanding lebih 100 kerusi, dan di semua kerusi yang ditandingi oleh UMNO,” tegasnya.

Katanya, pihaknya juga tidak gentar jika parti serpihannya, PAN turut mengganggu dan memecah undi.

“Tujuan kita jelas dan kita mahu menang serta mewakili rakyat. Dan kita mahu rakyat makmur, seperti mana penduduk di Kelantan yang meraikan 27 tahun pemerintahan kita.

“Tanyalah masyarakat bukan Islam di sana.(Kelantan) … tidak ada masalah!

Kerana itu kita yakin until bertanding di Sabah dan Sarawak,” tambahnya lagi.

Kerana itu juga katanya, PAS membuat keputusan untuk tidak bergabung dengan UMNO, malah akan menurunkan calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS jika dipersetujui Majlis Syura Ulama. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru