Monday, December 5, 2022

Tiga buaya gergasi tewas di Sarawak pada minggu lalu, seekor daripadanya memiliki anggota manusia

Secara Rawak

KUCHING: Bukan seekor, tetapi tiga ekor buaya bersaiz gergasi berjaya ditumpaskan oleh pasukan khas SWAT Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam usaha menangani konfliknya dengan manusia.

Dalam kenyataannya kepada media, SFC memberitahu tangkapan dilakukan hasil perancangan teliti dengan mengumpan reptilia itu masuk ke dalam perangkap yang disediakan, sejak beberapa hari operasi dilancarkan.

“Tangkapan pertama dilakukan di perairan Sungai Rimbas, Pusa oleh pasukan yang didatangkan dari Kuching dan Sibu.

“Mereka memburu buaya yang baru-baru in dipercayai menyerang dan membaham Bentayan Ilah, 31, dari Kampung Tambak.

Sebanyak 13 cangkuk umpan telah dipasang sepanjang 5 kilometer dari Sungai Rimbas sebelum seekor buaya sepanjang 4.8 meter ditundukkan pada petang Rabu.

“Bedah siasat pada pagi semalam, dengan kehadiran pegawai polis dan keluarga mangsa berjaya menemui beberapa bahagian badan di dalam perut buaya tersebut.

“Serpihan tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk membolehkan analisis DNA forensik dilakukan.

Pada masa yang sama kata kenyataan itu lagi, pasukan SWAT turut diatur gerak ke Sungai Kawi, Bintangor dan ladang kelapa sawit di Suai, Miri.

“Di sini pasukan menangani dua ekor buaya, masing-masing bersaiz 3.87 meter dan 3.9 meter.

SFC mengingatkan orang ramai  agar memaklumkan pejabat Hutan atau pejabat SFC yang berhampiran dengan kawasan mereka jika terserempak dengan haiwan ini.

Mereka diingatkan untuk tidak bertindak sendiri kerana reptilia ini berbahaya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru