Sunday, September 25, 2022

Duterte minta kerjasama M’sia, Indonesia “letupkan” lanun di perairan serantau

Secara Rawak

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meminta kerjasama Malaysia dan Indonesia “meletupkan” kumpulan lanun di perairan bersama bagi meningkatkan keselamatan serantau.

Duterte, 72, percaya kumpulan Abu Sayyaf kini menghantui pelaut dengan menculik menculik puluhan pelaut kapal penangkap ikan dan kapal tongkang kargo dalam perairan Asean.

Duterte mengeluarkan kenyataan dua hari selepas mengumumkan Bandar Marawi bebas pengaruh Abu Sayyaf selepas berakhir pertempuran lima bulan.

Straits Times pada Khamis memetik kenyataan Duterte, “saya baru saja menyelesaikan perang di Marawi, mungkin saya boleh fokus kembali seluruh angkatan bersenjata untuk menangani masalah ini, “

Bandar Marawi diisytiharkan bebas dari keganasan yang menyebabkan lebih 1,000 orang kehilangan nyawa. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru