Sunday, September 25, 2022

Burger telur ala Ramly, gaya tepi jalan di M’sia dijual RM50 satu di New York!

Secara Rawak

NEW YORK: Sebuah video yang dimuat naik oleh Insider memaparkan burger jalanan dengan resepi asli Malaysia dibalut telur dan perasa seasoning serta mayonis dijual setinggi harga AS$12 (RM50) satu.

Wah, harganya sudah agak mahal jika dibandingkan dengan burger dari francais terkenal Big Mac yang cuma berharga AS$5 (RM21) satu di Amerika Syarikat.

Di sini ironis, kerana harga Big Mac di Malaysia pula berharga RM8 atau AS$1.99 dan paling murah di Ukraine hanya AS$1.57 daripada 20 negara di dunia (sekadar perbandingan; Switzerland AS$6.59, New Zealand $4.22, UK $3.94, Mesir $2.59, Indonesia $2.36).

Manakala, di Malaysia, burger dikenali sebagai “Burger Ramly Special” ini dapat dibeli dari gerai tepi jalan hanya sekitar RM3 hingga RM5 satu mengikut “isi” pakej.

Burger yang dijual di luar negara ini tidak pasti sama ada menggunakan burger jenama Ramly atau tidak, tetapi yang pasti ia mengekalkan gaya pembuatan Malaysia.

Pemilik niaga ini, Calvin Leong memberitahu Insider, “Di Malaysia, kami namakannya Burger Ramly, tapi disini kami namakannya burger gaya Malaysia. Ia pedas, menggiurkan.

“Saya makan burger ini ketika kecil dulu. Ia boleh didapati di mana-mana di tepi jalan di Malaysia,” ujar Calvin menurut petikan kenyataan tersebut. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru