Tuesday, June 28, 2022

Bekas Menteri Pusat direman hari ini, ditahan SPRM Sabah malam tadi

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Menteri Kabinet Pusat di sini sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di negeri ini.

Ahli Parlimen itu yang kini mengetuai parti pembangkang ditahani pejabat SPRM Sabah sekitar jam 9 malam tadi.

Sebelum itu, beliau yang berusia 60 tahun hadir ke pejabat SPRM sekitar jam 5.20 petang dengan ditemani peguamnya, setelah menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekitar jam 12.55 tengah hari.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Beliau dijangkan ditahan reman esok dengan permohonan bakal diperoleh daripada Mahkamah Kota Kinabalu.

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan pihaknya telah menyita wang sekitar RM180 juta di dalam akaun bank bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek luar bandar di Sabah.

Wang itu dipercayai sebahagian daripada dana RM1.5 bilion yang dianggarkan diseleweng dalam kementerian.

Dana awam itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan Pusat melalui KKLW berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru