Thursday, August 11, 2022

Apa kata polis berkaitan makhluk aneh didakwa ditemui di M’sia…

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Foto haiwan aneh yang tampak seperti seekor kucing dan berwajah persis manusia beredar di dunia maya, termasuk menarik perhatian netizen Indonesia dan menghebohkan media sosial dunia.

Makhluk ganjil yang dikatakan ditemui di Malaysia itu memiliki cakar, taring dan kaki seperti kucing, tetapi mempunyai kepala seperti manusia.

Makhluk tersebut dengan mata terpejam dan hanya bergerak semasa berada di dalam tapak tangan seseorang, tampak begitu “real” dan mengujakan.

Memetik Metro pada Jumaat serta beberapa media maya Indonesia yang menyiarkan kenyataan Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Abdul Rahman mengesahkan, foto dan video tersebut sebenarnya palsu.

Rosli dalam kenyataannya seperti dinyatakan sumber berkenaan berkata, bahawa foto yang dimuat naik dari internet sebelum dibahagikan di media sosial, sememangnya tidak pernah wujud dan semua pihak diminta berhenti menyebarkan berita tentang penemuan makhluk aneh tersebut. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru