Tuesday, May 11, 2021

Bajet 2018: Perbanyakkan latihan profesional buat anak muda

Mesti baca

BAJET 2018 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini dinantikan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan anak muda yang mahukan berita gembira khususnya dalam membela graduan kini bergelut dengan krisis pekerjaan dalam pasaran.

Seorang pelajar jurusan perakaunan dari INTEC Education College Shah Alam, Nur Aminiddin Md Sobari, 20, dari Kota Bharu, dia mengharapkan agar Bajet 2018 dapat mewujudkan agensi-agensi untuk melatih bakal graduan dengan soft skills.

“Graduan yang bakal memasuki industri dengan softskill menjadi idaman para majikan seperti kemahiran berkomunikasi, kini menjadi masalah untuk para graduan mendapat tempat dalam industri pekerjaan

“Latihan yang disediakan kerajaan melalui Yayasan Peneraju antara agensi yang perlu diperbanyakkan untuk melatih kami ke alam pekerjaan,” katanya. Bagi bakal akauntan bertauliah, Muhmmad Syahir Kasuan, 20, Muar, dia berharap Bajet 2018 dapat memberi penekanan penyebaran peluang pekerjaan dengan menguaruarkannya melalui aplikasi pekerjaan. “Diharapkan bidang perakaunan diperluas dan diperkenalkan agar peluang pekerjaan lebih banyak dan apa yang kita nampak dalam anak muda sekarang lebih kepada media sosial.

“Jadi diharapkan agar apa-apa aplikasi dalam bidang pekerjaan disebarkan dengan lebih meluas,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar dari INTEC Education College di Shah Alam pula berkata, Muhammad Ariffuddin Haqimi Azhar, 19, dari Kota Damansara berkata, Bajet 2018 dapat mengembangkan ekonomi negara menerusi peluang pekerjaan.

Katanya, Bajet 2018 perlu member lebih perhatian kepada ekonomi digital yang dapat mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan dan dapat mewujudkan pelbagai peluang perniagaan dalam talian.

“Golongan atasan perlu membuka peluang-peluang baharu kepada rakyat bukan sahaja peluang pekerjaan dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan.

“Sebagai seorang akauntan kita perlu berfikiran terbuka untuk mencari kelebihan-kelebihan dalam teknologi untuk memberi semula kepada rakyat,” katanya. Menurut bakal graduan INTEC Education College Shah Alam, Maisarah Ibrahim, 19, kerajaan perlu mewujudkan lebih banyak program profesional yang boleh melonjakkan peluang pekerjaan bagi menampung permintaan tinggi di pasaran.

“Sekarang ini kita dengar peluang pekerjaan tak banyak, lebih-lebih lagi graduan, kalau dapat kerja pun gaji rendah, semua itu tidak setanding dengan peringkat  pengajian yang mereka sudah ambil.

“Saya sudah sertai program profesional Yayassan Peneraju dan sebagai seorang akauntan, peluang pekerjaan bidang ini insya-Allah banyak sebab semua sektor dan syarikat memerlukan akauntan, hospital dan di mana-mana saja.

Sementara itu, pelajar tahun kedua Sunway College, Nurul Ain Syazwani Shamsuri, 21, dari Petaling Jaya berkata, Bajet 2018 dapat memberikan keutamaan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan benar-benar memerlukan.

“Lebih banyak kemudahan dapat diberikan khususnya di luar bandar seperti Sabah dan Sarawak, itu lebih mencapai objektifnya daripada member kemudahan di kawasan sedia membangun khususnya di bandar,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru