Sunday, September 25, 2022

Pesta Benak Sri Aman 3-5 November ini

Secara Rawak

KUCHING: Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2017 mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri pada Selasa.

Kunjungan hormat diketuai oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis merangkap Penasihat Jawatankuasa Induk Pesta Benak 2017 bertujuan menjemput Tun Taib menyaksikan Pesta Benak Sri Aman pada 3 hingga 5 November ini di Tebingan Batang Lupar.

Pelbagai acara menarik sepanjang tiga hari pesta itu diadakan seperti Regatta Benak Batang Lupar, Benak Bazaar Ria, Pentas Budaya Ria, Luncur Benak, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bersama Komuniti, Benak Bikers Gathering, Ratu Kebaya Benak, Miss Tourism Benak, Mr Benak, dan sukan rakyat.

Selain itu, acara seperti Sri Aman Kitchen dan Pertandingan Seni Suara dan Gaya Burung turut diadakan.

Turut hadir, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh. – Sarawakvoice

Gambar hiasan – Kredit Foto

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru