Friday, August 19, 2022

Nelayan asing rompak hasil laut, rugikan negara sehingga RM6 bilion setahun

Secara Rawak

KUCHING: Pencerobohan dan rompakan hasil laut oleh nelayan asing menyebabkan negara kerugian serta hilang hasil sehingga RM6 bilion setahun.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata elemen Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) jawatankuasa tersebut seharusnya dapat menangani masalah ini.

LKIM mencadangkan agar diwujudkan jawatankuasa melibatkan semua agensi penguatkuasaan seperti LKIM, Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Semua agensi ini dapat menyalur maklumat serta berkongsi kelengkapan termasuk mengekang pencerobohan nelayan asing ini.

Bercakap selepas selepas melawat Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako pada Selasa, Irmohizam dipetiks Bernama berkata, beliau percaya koordinasi ini boleh berjaya, seterusnya menghantar mesej bahawa Malaysia serius dan tidak berkrompomi terhadap nelayan asing yang mencuri hasil perikanan negara. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru